Arsenal cemas kecederaan Saka

Arsenal cemas kecederaan Saka

Bukayo Saka mengalami kecederaan paha ketika menentang Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berdepan tamparan hebat apabila tonggak utama, Bukayo Saka mengalami kecederaan paha yang membimbangkan menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di laman sendiri, malam ini

Saka dikeluarkan ketika membantu pasukan itu mengikat Bayern Munich 2-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui bimbang dengan tahap kecederaan kuadrisep yang dialami pemain sayap England itu selepas terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-10 di Munich.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saka, 25, dilihat memegang paha kirinya selepas terjatuh ketika cuba melakukan hantaran sebelum digantikan Eberechi Eze, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kekuatan jentera serangan The Gunners.

“Apabila pemain terpaksa keluar akibat kesakitan yang tajam, ia tidak pernah menjadi berita baik. Kami perlu menunggu dan melihat perkembangannya.

“Dia langsung tidak kelihatan baik, tetapi kami perlu menunggu dan melihat,” katanya kepada media Eropah.

Kecederaan itu hadir pada waktu yang tidak sesuai buat Arsenal yang turut kehilangan Christos Tzolis akibat kecederaan hamstring ketika bertugas bersama pasukan kebangsaan.

Ketiadaan dua pemain sayap itu berpotensi menjejaskan pilihan serangan Arteta ketika Arsenal bersiap menghadapi Everton, lebih-lebih lagi jika Saka terpaksa diketepikan untuk tempoh panjang. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini