Hari lahir ketujuh Derma Damiya disambut dalam kesedihan

Hari lahir ketujuh Derma Damiya disambut dalam kesedihan

Aiman Athirah (kiri) menziarahi ibu bapa arwah Derma Damiya’ Nur Mikayla di Dengkil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Hari ini sepatutnya menjadi ulang tahun kelahiran ketujuh Allahyarham Derma Damiya’ Nur Mikayla, namun dia pergi menghadap Ilahi pada 20 Oktober lalu.

Derma Damiya’ Nur Mikayla, kanak-kanak Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Dengkil disahkan maut akibat kesukaran bernafas selepas tercekik makanan di sekolahnya pada Selasa lalu.

Detik sedih itu turut dikongsi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu yang berpeluang menziarahi ibu bapa arwah di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, pemergian arwah meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga, terutama ibu bapa arwah, Mior Sharizal Mior Zakaria dan Derma Tak Siah @ Norlela Ismail.

Menurutnya, arwah adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh hari ini.

“Saya sempat menziarahi keluarga arwah hari ini bagi menyampaikan sokongan dan berkongsi kesedihan atas kehilangan itu.

“Pemergian arwah bukan sahaja dirasai keluarganya, malah turut meninggalkan kesan kepada warga sekolah dan masyarakat setempat. Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang itu,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, turut menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga sekiranya diperlukan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini