Tipu bakal pengantin rugi hampir RM1 juta, kerani IPK Perak didakwa - Utusan Malaysia

Tipu bakal pengantin rugi hampir RM1 juta, kerani IPK Perak didakwa

MOHD. Alwi Zainal Abidin (dua dari kiri) menunjukkan barang yang dirampas selepas serbuan terhadap sindiket penipuan perjudian dalam talian di Kamunting, Taiping pada Selasa lalu dalam sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penjawat awam yang tular kerana didakwa menipu bakal pengantin sehingga mengakibatkan kerugian mencecah hampir RM1 juta telah didakwa di mahkamah pada 8 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, sebanyak 73 laporan polis diterima pihaknya berhubung dakwaan penipuan membabitkan lelaki berusia 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Bagaimanapun katanya, selepas dirujuk kepada pihak pendakwaan, hanya satu pertuduhan diputuskan untuk dikemukakan terhadap lelaki berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes ini berlaku pada tahun lalu dan jumlah kerugian keseluruhan yang dilaporkan dianggarkan hampir RM1 juta.

“Laporan-laporan yang dibuat ketika itu turut dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Mengulas lanjut, Mohd. Alwi berkata, lelaki berkenaan masih bertugas di IPK Perak, namun tindakan tatatertib sedang dalam proses untuk diambil terhadapnya, termasuk kemungkinan dikenakan tindakan tahan kerja.

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian maklumat daripada beberapa individu dipercayai menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.

Mereka mendakwa, lelaki terbabit gagal dihubungi selepas mengambil wang daripada bakal pengantin tanpa perkhidmatan yang dijanjikan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini