Abang Johari umum bubar DUN Sarawak petang ini?

Abang Johari umum bubar DUN Sarawak petang ini?

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang ini.

Menurut jemputan media yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak, satu sidang media khas akan diadakan di Kompleks Satria Pertiwi pada pukul 3.30 petang ini.

Spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Sarawak semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu susulan jangkaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

DUN Sarawak bersidang buat kali terakhir bagi penggal ini pada Rabu lalu yang turut menyaksikan Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.

Mandat semasa DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi dijadual berakhir pada Februari 2027.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula memenangi empat kerusi, manakala DAP memperoleh dua kerusi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini