Ramanan cabar Rafizi kemuka bukti suapan RM9.5 juta

Ramanan cabar Rafizi kemuka bukti suapan RM9.5 juta

R. Ramanan sewaktu berucap pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Parkroyal Collection Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan mencabar bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli mengemukakan bukti berhubung dakwaan dirinya menerima suapan RM9.5 juta daripada seorang ahli perniagaan dalam isu mafia korporat.

Ramanan berkata, dakwaan itu sudah berlarutan antara enam hingga tujuh bulan, lantas menimbulkan persoalan tentang bukti yang dikatakan dipegang oleh Mohd. Rafizi.

Menurutnya, Mohd. Rafizi sepatutnya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaanya dan bukannya terus membangkitkan isu sama tanpa bukti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mana bukti dia? Tujuh bulan sudah. Enam bulan atau tujuh bulan saya pun dah lupa dah. Dia cakap ada bukti, ada bukti, ada bukti. Satu kertas bukti ada tak? Mana bukti dia?,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Warga Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi mempersoalkan kenyataan berhubung isu mafia korporat dan mendakwa masih belum menerima writ saman daripada Ramanan.

Rafizi turut mempersoalkan penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan, termasuk dakwaan kemungkinan wujud pihak dalam agensi penguatkuasaan yang bersekongkol dengan ahli perniagaan.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, beliau tidak mengambil tindakan saman kerana tidak mahu membebankan rakyat melalui kutipan derma, sekiranya Mohd. Rafizi berdepan masalah kewangan.

“Jadi awak nak saya saman dia, saya saman siapa? Saya bebankan siapa? Saya bebankan rakyat kalau saya saman dia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini