Wan Rosdy harap ECRL diperluas rentasi Pahang

Wan Rosdy harap ECRL diperluas rentasi Pahang

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memberi perhatian kepada perancangan pembangunan jangka panjang termasuk penyediaan rangkaian pengangkutan yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara dalam perancangan kerajaan negeri adalah supaya perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat diperluas ke beberapa daerah lain seperti Pekan dan Rompin.

“Itu perancangan kita, kita telah memohon untuk masa depan dalam perancangan struktur negeri. Sebabnya saya tidak mahu  berlaku bila diminta baru kita beri cadangan..

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang bila diminta, kita terus kemukakan cadangan dan kita usahakan ke arah itu,” katanya pada selepas merasmikan Sambutan Hari Rancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.

Selain itu dalam ucapannya di majlis berkenaan, Wan Rosdy turut menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk memohon pembinaan landasan berkembar untuk ECRL.

Menurutnya, projek ECRL pada awalnya diluluskan dengan landasan berkembar namun kemudian diubah kepada landasan tunggal.

Sementara itu,  pada program sama, Wan Rosdy turut mengumumkan penambahan peruntukkan kepada RM300,000 bagi penganjuran Anugerah Kampung Tradisi Pahang tahun depan berbanding RM200,000 tahun ini.

“Penambahan peruntukan itu dibuat susulan sambutan menggalakkan terhadap penganjuran sulung anugerah berkenaan yang menyaksikan penyertaan 60 kampung tradisi di seluruh negeri,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini