Tidak perlu tambah lagi masalah - Fadlan Hazim - Utusan Malaysia

Tidak perlu tambah lagi masalah – Fadlan Hazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadlan Hazim, 34, bertindak memadam akaun Thread miliknya untuk menjaga kesihatan mental dan melindungi fikiran daripada masalah-masalah yang dikongsikan di platform berkenaan.

Katanya, terlalu banyak masalah dan perkara negatif yang dikongsikan di platform berkenaan membuatkan dia terus memadam akaun berkenaan.

“Orang saling mengecam, mengadu domba dan berkongsi masalah mereka di platform berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pula menggunakan media sosial untuk menghiburkan diri dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat.

“Saya tidak mahu terjebak dengan persekitaran negatif, mendengar masalah orang lain sedangkan saya pun ada masalah sendiri yang perlu diselesaikan.

“Saya tak perlu tambah masalah. Sebab itulah saya beralih ke TikTok dan Youtube kerana banyak perkara menarik dan membangun minda yang terdapat di platform berkenaan,” katanya.

Fadlan berkongsi perkara tersebut sewaktu pelancaran filem Takluk: Op Daulat yang berlangsung di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur petang tadi.

Fadlan dalam masa yang sama tidak menafikan setiap orang mempunyai pilihan untuk berkongsi hal peribadi, termasuk isu rumah tangga di platform berkenaan.

“Cuma saya ambil pendekatan untuk tidak membaca perihal rumah tangga orang lain kerana saya juga ada rumah tangga dan masalah sendiri yang perlu diberi perhatian.

“Tapi bagi yang berkongsi hal rumah tangga mereka itu adalah pilihan masing-masing,” ujarnya.

Fadlan dalam pada itu memaklumkan beliau selesa menggunakan TikTok dan Youtube sebagai wadah hiburan dan perkongsian maklumat.

“Saya sekarang lebih banyak menggunakan TikTok dan Youtube kerana aktiviti perniagaan selain dan berkongsi minat dengan pengikut di media sosial.

“Saya jarang menggunakan Instagram kerana Algoritma sudah berubah. Pada masa sama, platform tersebut menjadi tempat untuk pengguna berkongsi kisah kehidupan sempurna tanpa mendedahkan cerita disebaliknya.

“Boleh katakan, pengguna tidak telus kerana mereka kongsikan perkara yang indah sahaja. Hal ini berbeza dengan kandungan di TikTok dan Youtube,” kongsinya.

Bagaimanapun, pelakon tinggi lampai itu memaklumkan dia masih menggunakan Instagram untuk mengemas kini maklumat berkenaan kerja yang dilakukan dan melayan 310,000 pengikut di platform berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini