Jurulatih asing pilihan FAM?

Jurulatih asing pilihan FAM?

Ab Ghani Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Faktor kepakaran dan pengalaman menjadi antara pertimbangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membawa jurulatih asing untuk membimbing Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan mengakui jurulatih asing membawa kepakaran dan pengalaman berbeza apabila mereka diberi peluang mengemudi skuad kebangsaan.

Dalam masa yang sama, Ab Ghani melihat jurulatih asing juga bakal memberi manfaat kepada jurulatih tempatan, khususnya dalam aspek pengalaman dan juga kepakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita harus mengakui jurulatih luar ini. Mereka membawa kepandaian mereka ke sini dan harapnya dia juga boleh mengaplikasikan pengalaman dia untuk jurulatih yang lain di negara kita.

“Kita nakkan keputusan yang baik lebih-lebih lagi kita akan menghadapi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Jadi, kita perlukan keputusan yang baik, waima dengan jurulatih tempatan, kalau boleh buat, kita teruskan. Kalau kita perlukan jurulatih luar, kita fikirkan untuk membuat keputusan.

“Ini bukan keputusan saya seorang. Kita akan berbincang tentang satu perkara yang terbaiklah untuk Harimau Malaya. Kemudian apabila ada nama tertentu, nanti akan dicadangkan dalam Mesyuarat Exco FAM untuk meluluskan dan sebagainya.

“Buat masa ini, belum ada lagi dan kita masih lagi memerhati dan membuat kajian tentang pengendali Harimau Malaya seterusnya,” katanya dalam temu bual bersama televisyen tempatan.

Ketika ini, teka teki jurulatih mana bakal mengemudi Harimau Malaya kekal menjadi tanda tanya selepas FAM masih belum membuat sebarang pengumuman dan Tan Cheng Hoe kekal sebagai pengendali interim.

Sebelum ini, pengendali Jepun, Hajime Moriyasu turut dikaitkan dengan posisi yang ditinggalkan Peter Cklamovski itu, namun khabar angin itu pantas ditepis oleh FAM.

Selain itu, media Jepun juga mendedahkan Moriyasu dilaporkan lebih berminat mengejar impian melatih kelab di Eropah apabila kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) tamat pada 2027.

FAM perlu segera menamakan pengendali tetap Harimau Malaya bagi memudahkan segala urusan skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini