Diplomasi tidak cukup tangani jerebu dari Indonesia

Diplomasi tidak cukup tangani jerebu dari Indonesia

SYED Ibrahim Syed Noh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memastikan kerjasama dengan Indonesia dalam menangani jerebu rentas sempadan diterjemahkan kepada langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang berkesan, bukan sekadar bergantung kepada saluran diplomatik.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, isu jerebu tidak seharusnya terus berulang setiap tahun tanpa penyelesaian konkrit yang mampu melindungi kesihatan rakyat dan menjamin kualiti udara.

Katanya, pendekatan diplomasi perlu disusuli tindakan yang boleh diukur, manakala penguatkuasaan pula mesti berasaskan bukti dan undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diplomasi mesti menghasilkan tindakan yang boleh diukur, manakala tindakan penguatkuasaan mesti berasaskan bukti dan juga undang-undang,” di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar)

yang meminta kerajaan menyatakan tindakan diplomatik dan kerjasama diambil kerajaan bersama Kerajaan Indonesia bagi mengurangkan risiko jerebu merentas sempadan.

Tambah Syed Ibrahim, Malaysia mempunyai ruang perundangan untuk menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan, namun cabaran mendapatkan bukti bagi mengenal pasti punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab perlu ditangani bagi memastikan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan.

Katanya, proses itu memerlukan maklumat terperinci, termasuk lokasi dan koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah serta pihak yang dikaitkan dengan pencemaran jerebu rentas sempadan.

“Kalau kita nak lakukan, sebenarnya itu semua dalam ruang lingkup kuasa perundangan di bawah kerajaan dan juga diluluskan di peringkat Dewan ini.

“Tetapi dalam mana-mana penggubalan akta, ada kaedah dan mekanisme supaya perkara itu benar-benar menjadi satu keperluan dan boleh dilaksanakan, akhirnya bertindak sebagai satu kaedah punitif atau hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang membangkitkan cadangan penggubalan akta berkenaan susulan kejadian jerebu rentas sempadan yang berulang, selain mempersoalkan keberkesanan undang-undang seumpamanya di Singapura. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini