Mohd Shuhaily terus bertugas seperti biasa sehingga diberitahu - Peguam

Mohd Shuhaily terus bertugas seperti biasa sehingga diberitahu – Peguam

Peguam, Datuk Rosal Aziman Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka terus bertugas seperti biasa sehingga dimaklumkan sebaliknya, susulan pertuduhan terhadapnya di mahkamah hari ini.

Peguamnya, Datuk Rosal Azimin Ahmad berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan atau tugas Mohd Shuhaily sebagai penjawat awam tertakluk kepada proses pentadbiran yang berkenaan.

“Sebagai penjawat awam, beliau tetap akan bertugas sehinggalah diberitahu sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding mahkamah di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, perkara berkaitan pentadbiran dan kedudukan Mohd Shuhaily bukan dalam skop pengendaliannya kerana beliau hanya mengendalikan urusan di mahkamah.

Rosal berkata, sebarang arahan lanjut terhadap Mohd Shuhaily akan ditentukan sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya

“Proses itu akan mengikut proses penjawat awam seperti biasa,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran beberapa peguam yang memberikan sokongan kepada Mohd Shuhaily, beliau berkata, mereka terdiri daripada rakan sekolah, universiti dan rakan sekerja.

Jelasnya lagi, beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut mengenai kes itu kerana ia masih dalam proses mahkamah.

Katanya, prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya perlu dihormati.

Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada 28 September lalu.

Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini