Arab Saudi pintas lagi peluru berpandu Houhi serang Riyadh - Utusan Malaysia

Arab Saudi pintas lagi peluru berpandu Houhi serang Riyadh

HOUTHI melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Riyadh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pasukan Arab Saudi pada Selasa berkata mereka memintas peluru berpandu balistik Houthi yang menyasarkan ibu negara kerajaan itu, selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya dan wartawan AFP melaporkan terdengar letupan.

Kerajaan itu memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh militia Houthi ke arah Riyadh, kata Turki Al-Maliki, jurucakap gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman dalam perang menentang Houthi.

Dua letupan menggegarkan Riyadh, menurut wartawan AFP di ibu negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Amaran dikeluarkan menerusi Platform Amaran Awal Kebangsaan di Bandar Riyadh bagi memberi amaran mengenai kemungkinan bahaya,” menurut kenyataan pertahanan awam Arab Saudi di platform X.

Bagaimanapun, amaran itu ditarik balik beberapa minit kemudian selepas pertahanan awam memaklumkan bahawa bahaya sudah berlalu.

Serangan Houthi terhadap Arab Saudi kini mencapai skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, sehingga memaksa penangguhan persidangan pelaburan utama sekali gus menjejaskan usaha Riyadh menarik lebih banyak modal asing dan mempelbagaikan ekonominya.

Serangan maut oleh Houthi yang disokong Iran itu turut memaksa Lapangan Terbang Riyadh ditutup.

Tentera udara Arab Saudi kerap menyasarkan kumpulan itu sebagai tindak balas terhadap serangan mereka, ketika pertempuran berterusan di Yaman antara Houthi dengan kerajaan negara itu yang disokong Riyadh.

Pada Julai, gencatan senjata rapuh yang dimeterai pada 2022 runtuh selepas Houthi membenarkan sebuah pesawat Iran mendarat di ibu negara Yaman, Sanaa, dengan mencabar kawalan Riyadh terhadap ruang udara Yaman, sekali gus mencetuskan gelombang serangan.

Selepas itu, Houthi mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi dan mula menyerang kapal serta kemudahan minyak negara itu, sebelum mengusir pasukan kerajaan Yaman dari kedudukan mereka di sepanjang pantai Laut Merah menerusi kempen pantas pada September. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini