Pembatalan PN bermotif ketakutan - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

Pembatalan PN bermotif ketakutan – Ahmad Samsuri

AHMAD Samsuri Mokhtar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) menjelang pengisytiharan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka didakwa bermotifkan ketakutan terhadap gabungan itu.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tindakan membatalkan pendaftaran gabungan itu sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah sebagai sesuatu yang luar biasa dan boleh menjadi luar tabii.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menghantar surat kepada PN dua hari lalu untuk mendapatkan maklum balas berhubung penggunaan logo gabungan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ingatlah, gelombang rakyat tidak akan mudah padam dengan tindakan orang politik yang berselindung di sebalik kuasa.

“Apatah lagi mana-mana individu politik yang menjadikan ‘akan diusahakan pengharaman ini’ sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk bersama pihak yang kami hadapi dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang memaklumkan keputusan membatalkan pendaftaran PN dibuat selepas meneliti dokumen dan penjelasan yang dikemukakan gabungan itu bagi menjawab notis bertarikh 22 September lalu.

Menurut RoS, alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan dalam notis berkenaan serta tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran gabungan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini