Pantau kemasukan babi hidup di Selangor

Pantau kemasukan babi hidup di Selangor

Babi hidup
- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menyemak dan memantau kemasukan babi hidup yang diimport dari Sarawak ke negeri ini melalui Pelabuhan Klang sejak Julai lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau tidak menolak kesemua babi hidup yang dibawa masuk itu juga akan dihantar ke negeri-negeri lain.

“Tengah siasat, sebab ia bukan semua untuk Selangor, ada untuk negeri-negeri lain. Itu setakat laporan yang diberikan kepada saya. Itu untuk negeri lain yang pintu masuknya (import) di Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kena siasat dan semak semula hal tersebut kemudian baru kita ambil tindakan (susulan),” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

April lalu, kerajaan negeri Selangor dilapor membenarkan kemasukan import ternakan babi selepas beberapa lesen import diluluskan, termasuk bagi ternakan hidup dari Sarawak namun ia tertakluk kepada syarat ketat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, hal itu mencetuskan pertikaian dalam kalangan penduduk selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan supaya hanya daging babi yang diimport bagi memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.

Titah baginda adalah melalui dua kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani pada Februari dan Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini