Senarai 10 agensi pelaporan kredit sah berdaftar – MoF

Senarai 10 agensi pelaporan kredit sah berdaftar – MoF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah sepuluh agensi pelaporan kredit disahkan berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan bagi tempoh 2026/2027.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit berjaya melaksanakan pembaharuan perakuan pendaftaran agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 14 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] untuk tempoh satu tahun dengan tempoh sah laku daripada 15 September 2026 hingga 14 September 2027.

Senarai semasa agensi pelaporan kredit yang berdaftar adalah seperti berikut:

Memuatkan artikel berkaitan…
  1. CTOS Data Systems Sdn. Bhd.
  2. Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd.
  3. Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd.
  4. Dun & Bradstreet (D&B) Malaysia Sdn. Bhd.
  5. FIS Data Reference Sdn. Bhd.
  6. Omesti BI Sdn. Bhd.
  7. CTOS Basis Sdn. Bhd.
  8. MARC Data Sdn. Bhd.
  9. Mydata Infomatica Sdn. Bhd.
  10. One Future Solutions Sdn. Bhd.

Menurut MoF, mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit tanpa mendaftar sebagai agensi pelaporan kredit adalah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 11(2) Akta 710.

Katanya, apabila disabitkan kesalahan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mana-mana pihak yang ingin mengemukakan apa-apa aduan, pertanyaan, cadangan atau penghargaan berhubung pelaporan kredit, boleh berbuat demikian dengan melayari portal Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan di https://ppapk.treasury.gov.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini