Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan

Tahan Abbe Hae, 15 rakan prosedur biasa lengkapkan siasatan

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penahanan aktivis media sosial, Mohd. Azhan Mohd. Adnan atau Abbe Hae bersama 15 individu lain yang menggempur kawasan warga asing dan etnik Rohingya di sini, Jumaat lalu adalah prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berkaitan kes ketenteraman awam dan samun barangan kemas ketika aktiviti tersebut dijalankan.

Katanya, tindakan polis mengambil cap jari dan menjalankan kawad cam terhadap individu terbabit adalah prosedur biasa bagi menentukan sama ada mereka merupakan individu yang dinamakan dalam laporan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kita menjalankan siasatan. Prosedur mengambil cap jari dan kawad cam itu perkara biasa untuk menentukan sama ada individu yang dituduh dalam laporan merupakan orang yang sama atau sebaliknya.

“Mereka tidak boleh membuat tindakan sesuka hati. Jika ada dalam kalangan warga asing atau etnik Rohingya melakukan kesalahan, laporkan kepada pihak berkuasa tempatan, polis atau imigresen. Biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu Abbe Hae bersama 15 individu lain dilaporkan terpaksa bermalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu lalu selepas dipanggil memberi keterangan berhubung tindakan mereka menerjah sebuah kedai yang didakwa menggaji warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini