Shuhaily didakwa esok kes cederakan anggota polis di KLIA - Utusan Malaysia

Shuhaily didakwa esok kes cederakan anggota polis di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR –  Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang esok.

Menurut sumber, Mohd. Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang 28 September lalu.

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan berkenaan sebelum memutuskan untuk sebarang tindakan lanjut.

Katanya, kertas siasatan itu mengandungi kenyataan yang dirakam daripada saksi dan semua maklumat yang dikumpulkan sepanjang siasatan sebelum diserahkan kepada AGC.

“AGC perlu berpuas hati sepenuhnya dengan hasil siasatan sebelum membuat keputusan. Biasanya jika tidak berpuas hati, AGC akan memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata, polis sudah diarah melengkapkan siasatan mengikut keperluan ditetapkan AGC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini