Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah

Suami isteri dicekup jadi penghantar dadah

AZRY Akmar Ayob (dua dari kiri) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontijen Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Baru lima bulan mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri kini terpaksa ‘berbulan madu’ di lokap selepas kegiatan mereka sebagai penghantar ataupun transporter dadah  terbongkar.

Kedua-dua suspek berusia 40 tahun hingga 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang yang membuat serbuan ke sebuah rumah di daerah ini pada 12 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 6.315 kilogram yang dianggarkan bernilai RM291,250.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara dadah dirampas adalah 2,170 gram cecair ganja, 1,905 gram heroin, 725 gram pil yaba dan 1,515 gram pil Erimin-5. Jika kesemua dadah ini terlepas ke pasaran, ia mampu merosakkan seramai 20,945 orang yang menggunakannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini, hari ini.

Azry Akmar berkata, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah menerima arahan sebelum menghantar bekalan dadah ke lokasi yang ditetapkan.

“Kedua-dua suspek mengaku menerima bayaran RM1,200 hingga RM1,400 seminggu. polis menyita lima jenis kenderaan dan tiga rampasan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM103,789 untuk siasatan di bawah Akta Dadah (Perlucuthakan Harta) 1988,” katanya.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dalam kes berkenaan dianggarkan berjumlah RM395,039. Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Permohonan reman lanjutan terhadap kedua-dua suspek telah dibenarkan selama enam hari sehingga 25 Oktober ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini