Inflasi meningkat 1.8 peratus pada September - Utusan Malaysia

Inflasi meningkat 1.8 peratus pada September

KADAR inflasi meningkat kepada 1.8 peratus pada September 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.6 daripada 135.2 pada September 2025. 

Jabatan Perangkaan (DOSM) berkata, ini didorong oleh kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat perlahan kepada 1.4 peratus berbanding 2.1 peratus pada Ogos 2026.

Katanya, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan menyederhana kepada 2.8 peratus pada September 2026 berbanding 3.2 peratus pada Ogos 2026. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan maklumat dan komunikasi dan makanan dan minuman masing-masing turut meningkat lebih perlahan kepada 1.8 peratus berbanding 2.6 peratus dan 1.9 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Selain itu, kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan ini rumah meningkat 0.3 peratus berbanding 0.4 peratus pada Ogos 2026.

“Namun begitu, kumpulan pengangkutan meningkat 2.5 peratus pada September 2026 berbanding 2.0 peratus pada Ogos 2026,” katanya dalam kenyataan.

Menurut DOSM, kumpulan restoran dan perkhidmatan penginapan dan pendidikan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 2.1 peratus berbanding 2.1 peratus dan 1.9 peratus pada bulan sebelumnya. 

“Di samping itu, kumpulan kesihatan mencatatkan peningkatan 1.4 peratus berbanding 1.3 peratus pada Ogos 2026. 

“Kedua-dua kumpulan rekreasi, sukan dan kebudayaan dan insurans dan perkhidmatan kewangan masing-masing meningkat 1.2 peratus berbanding 1.1 peratus dan 1.0 peratus pada Ogos 2026. 

“Pada masa yang sama, kumpulan pakaian dan kasut meningkat marginal kepada 0.2 peratus pada September 2026 berbanding 0.1 peratus pada Ogos 2026,” katanya.

Sementara itu, kumpulan minuman alkohol dan tembakau kekal pada 2.8 peratus, kadar yang sama seperti bulan sebelumnya.

“Kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya. 

Peningkatan ini didorong oleh subkumpulan makanan di rumah yang menyederhana kepada 1.2 peratus berbanding 1.4 peratus pada Ogos 2026. Manakala, subkumpulan makanan di luar rumah meningkat 2.6 peratus pada September 2026 berbanding 2.5 peratus pasa Ogos 2026,” katanya. 

Sementara itu, kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat perlahan kepada 1.4 peratus pada September 2026 berbanding 2.1 peratus pada Ogos 2026.

“Ia didorong oleh subkumpulan bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman dan elektrik, gas dan bahan api dengan masing-masing mencatatkan kadar inflasi lebih rendah pada September 2026 iaitu 1.3 peratus berbanding 5.1 peratus pada Ogos 2026 dan 0.1 peratus berbanding 3.3 peratus pada Ogos 2026.

“Peningkatan perlahan inflasi subkumpulan elektrik, gas dan bahan api didorong oleh pengemaskinian kadar Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dikenakan ke atas pelanggan domestik di Semenanjung Malaysia bagi penggunaan lebih daripada 800 kilowatt per jam (kWh). Kerajaan telah memperluas tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWh kepada 800 kWh sebulan, berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai 1 September hingga 31 Disember 2026 bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat. 

“Selain itu, semua pengguna domestik di Sarawak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus bagi tempoh April hingga Disember 2026, yang memberi manfaat kepada kira-kira 714,000 isi rumah susulan inisiatif bantuan kewangan kerajaan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, inflasi kumpulan pengangkutan meningkat 2.5 peratus pada September 2026 berbanding 2.0 peratus pada Ogos 2026. 

“Ini didorong oleh subkumpulan pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang mencatatkan kenaikan 2.7 peratus berbanding 1.8 peratus pada Ogos 2026. 

“Manakala, subkumpulan perkhidmatan pengangkutan awam menyederhana kepada 7.8 peratus berbanding 10.5 peratus yang dicatatkan pada Ogos 2026. 

“Subkumpulan pembelian kenderaan dan perkhidmatan pengangkutan barangan masing-masing masih merekodkan penurunan pada September 2026 dengan negatif 0.6 peratus dan negatif 0.5 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini