Putin lulus rombakan kerajaan Russia

Putin lulus rombakan kerajaan Russia

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, meluluskan cadangan rombakan kerajaan yang dikemukakan Perdana Menteri, Mikhail Mishustin, lapor agensi berita negara yang memetik Kremlin.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Mishustin mengemukakan beberapa cadangan pertukaran jawatan dalam kerajaan kepada Putin ketika pertemuan bagi membincangkan isu sosial dan ekonomi.

Rombakan itu susulan pilihan raya parlimen pada September yang menyaksikan perubahan keanggotaan Dewan Negara (Duma), iaitu dewan rendah parlimen Russia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Langkah itu turut dibuat ketika Moscow berusaha mencari sumber pertumbuhan ekonomi baharu berikutan peningkatan defisit belanjawan, kenaikan cukai dan kadar faedah yang kekal tinggi.

Kremlin memaklumkan nama menteri baharu yang dicadangkan akan dikemukakan kepada Parlimen untuk mendapatkan kelulusan, namun tidak memberikan butiran lanjut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini