'Munafik' hangatkan dewan, cetus pertikaian Takiyuddin dan Rayer

‘Munafik’ hangatkan dewan, cetus pertikaian Takiyuddin dan Rayer

RSN RAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini hangat selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menggunakan perkataan `munafik’ dengan didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut mencetuskan pertikaian selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(1) dan 36(6) dengan mendakwa penggunaan perkataan ‘munafik’ oleh Takiyuddin selepas memetik hadis dianggap tidak wajar dalam Dewan Rakyat.

Menurut Rayer, perkataan itu membawa maksud yang sangat buruk, lebih-lebih lagi apabila ditujukan kepada Perdana Menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut mempersoalkan tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau yang ketika itu mempengerusikan sidang berkenaan kerana membiarkan perkataan tersebut digunakan terhadap Anwar tanpa sebarang tindakan segera.

“Timbalan Yang di-Pertua nak benarkan dia gunakan perkataan ‘munafik’ terhadap Perdana Menteri dan kita biarkan sahaja macam itu?” katanya ketika membangkitkan perkara itu semasa perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Alice Lau kemudiannya meminta Rayer mengemukakan usul dan menghantarnya kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat untuk tindakan lanjut.

“Saya sudah bagi petua, buat usul dan hantar ke pejabat Tan Sri Speaker. Itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Rayer berkali-kali meminta Takiyuddin agar memberikan ruang kepadanya untuk membangkitkan peraturan Dewan, namun permintaannya tidak dilayan.

Bagaimanapun, Takiyuddin akhirnya bertindak menghentikan perbahasannya selepas beberapa kali mikrofonnya dimatikan oleh Timbalan Speaker.

Alice Lau kemudian meminta Rayer duduk dan tidak terus mencelah ketika Dewan berlangsung. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini