MTL: Sistem amaran awal bantu percepat pemindahan mangsa banjir

MTL: Sistem amaran awal bantu percepat pemindahan mangsa banjir

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Majlis Perasmian Kongres Keselamatan Jalan Raya (RSC) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem amaran awal bagi membantu mangsa banjir dipindahkan lebih cepat merupakan antara tumpuan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesiapsiagaan itu diteruskan dengan penglibatan jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, negara kini bersiap siaga menghadapi MTL dan kemungkinan berdepan banjir selepas jerebu serta kebakaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berharap supaya banjir pada kali ini agak berkurangan dan kita mementingkan kesiapsiagaan agar mangsa-mangsa itu dapat dipindahkan lebih awal melalui sistem amaran awal yang kita laksanakan.

“Program kesiapsiagaan peringkat nasional turut diadakan di Ipoh dua minggu lalu dan berjalan dengan baik.

“Kesiapsiagaan akan diteruskan dan kita berterima kasih kerana ia juga melibatkan NGO, selain daripada jabatan dan agensi kerajaan yang ada,” katanya selepas Majlis Perasmian Kongres Keselamatan Jalan Raya (RSC) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini