TLDM gerak anggota bantu mangsa banjir Pulau Pangkor - Utusan Malaysia

TLDM gerak anggota bantu mangsa banjir Pulau Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) mengaturgerak 100 anggotanya dari Pangkalan TLDM Lumut bagi melaksanakan misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Pulau Pangkor awal pagi ini.

Misi bantuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Operasi MPA Barat, Komander Abdul Manan Mazlan, melibatkan tiga buah Fast Combat Boat (FCB) dan dua buah Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) bagi menyokong pergerakan anggota serta penghantaran bantuan ke kawasan terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah helikopter TLDM turut berada dalam keadaan siap siaga bagi memberikan sokongan udara sekiranya diperlukan.

Dalam pelaksanaan misi bantuan ini, TLDM juga telah menyediakan sebanyak 300 bungkus makanan dan 425 botol air mineral untuk diagihkan kepada para petugas terdiri daripada warga TLDM, guru-guru, individu serta wakil beberapa agensi awam yang terlibat dalam
kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir.

Kerja-kerja pembersihan tertumpu di
Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor, selain melibatkan masjid dan kediaman penduduk yang terjejas teruk akibat banjir serta dipenuhi mendapan lumpur tebal.

MPA Barat dan semua unit di bawah pemerintahan serta naungan di Pangkalan TLDM Lumut akan terus komited dalam menyokong usaha pemulihan di kawasan terjejas melalui
kerjasama dan penyelarasan dengan agensi berkaitan.

Komitmen ini mencerminkan
peranan berterusan TLDM bukan sahaja dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, malah turut menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat ketika
berdepan musibah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini