Warisan seni budaya perlu dipelihara untuk generasi muda

Warisan seni budaya perlu dipelihara untuk generasi muda

ANWAR Ibrahim hadir kr Konsert Tradisional Gema Bumantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.-FB/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warisan seni dan budaya negara perlu terus dipelihara bagi memastikan generasi muda menghargai dan mencintai khazanah bangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan negara perlu bergerak seiring dengan usaha memelihara akar budaya dan jati diri bangsa agar warisan seni tidak hilang ditelan zaman.

“Tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa percaya seni dan budaya dekat di hati rakyat, justeru warisan ini mesti terus dihidupkan agar turut dinikmati dan dicintai generasi muda.

“Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara,” katanya di akaun media sosialnya hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsikan gambar beliau menyaksikan persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sin semalam.

“Walaupun hujan turun, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Dato’ Seri Siti, hebat juga semangat peminatnya,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini