Rifdean, Jihin tumbang di Tokyo

Rifdean, Jihin tumbang di Tokyo

RIFDEAN (kanan) melepaskan sepakan tinggi ke arah Nadaka dalam aksi ONE Samurai 4 di Ariake Arena, Tokyo, sebentar tadi-IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan Malaysia untuk membawa pulang kemenangan pada ONE SAMURAI 4 tidak kesampaian apabila dua petarung negara, Mohd Rifdean Masdor dan Jihin Radzuan masing-masing tewas di Ariake Arena, Tokyo, sebentar tadi.

Rifdean yang memburu kejuaraan dunia Muay Thai atomweight ONE gagal menumbangkan juara bertahan Jepun, Nadaka Yoshinari, apabila tewas menerusi Technical Knock Out (TKO) pada pusingan kedua.

Jaguh negara itu tersungkur akibat tendangan tinggi Nadaka pada pusingan kedua, sekali gus menyaksikan impiannya untuk memenangi perlawanan itu berkecai dikala dia turut terlepas peluang merangkul gelaran dunia selepas gagal melepasi had berat ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekalahan itu turut memutuskan rentetan lima kemenangan berturut-turut Rifdean, sekali gus menyaksikan Nadaka meneruskan dominasinya dalam divisyen berkenaan dengan 43 kemenangan.

Dalam satu lagi aksi membabitkan wakil negara, Jihin turut gagal mencipta kejutan apabila tewas kepada petarung tuan rumah, Itsuki Hirata, menerusi keputusan Unanimous Decision (UD) dalam pertarungan MMA atomweight.

JIHIN (kiri) melepaskan sepakan ke arah Hirata dalam aksi ONE Samurai 4 di Ariake Arena, Tokyo-IHSAN ONE CHAMPIONSHIP

Jihin yang pernah menewaskan Hirata sebelum ini gagal mengulangi kejayaan itu dalam pertemuan semula mereka di hadapan penyokong Jepun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini