Polis masih lengkapkan siasatan kes Shuhaily di KLIA - Saifuddin Nasution - Utusan Malaysia

Polis masih lengkapkan siasatan kes Shuhaily di KLIA – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Polis masih melengkapkan siasatan kes Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain didakwa mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 28 September lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut, baru-baru ini.

Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis masih melengkapkan siasatan. AGC memaklumkan ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kertas siasatan itu.

“Kertas siasatan itu mengandungi kenyataan yang dirakam daripada saksi dan semua maklumat yang dikumpulkan sepanjang siasatan sebelum diserahkan kepada AGC.

“AGC perlu berpuas hati sepenuhnya dengan hasil siasatan sebelum membuat keputusan. Biasanya jika tidak berpuas hati, AGC akan memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata, polis sudah diarah melengkapkan siasatan mengikut keperluan ditetapkan AGC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini