Gelandangan sengaja hina Erdogan untuk masuk penjara

Gelandangan sengaja hina Erdogan untuk masuk penjara

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang gelandangan di Turkiye mengaku sengaja menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan demi mendapatkan makanan dan tempat tidur di penjara.

Lelaki berusia 66 tahun itu ditahan di sebuah taman di bandar peranginan Alanya, selatan Turkiye, berhampiran Antalya, sebelum dihadapkan ke mahkamah.

“Saya tiada tempat tinggal dan tidur di kawasan pembuangan sampah. Sebab itulah saya berbuat demikian,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sozcu kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah kemudian memerintahkan lelaki terbabit ditahan sementara menunggu perbicaraan.

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan sudah tiga kali cuba melakukan perkara sama sebelum ini, namun gagal sehingga percubaan terbaharu.

Menghina presiden merupakan kesalahan jenayah di Turkiye yang sering digunakan untuk mendakwa pengkritik kerajaan.

Ribuan individu, termasuk wartawan, remaja dan bekas pemenang Miss Turkiye, pernah didakwa atas kesalahan berkenaan.

Walaupun kesalahan itu sudah termaktub dalam undang-undang Turkiye sejak beberapa dekad lalu, penggunaannya meningkat dengan ketara selepas negara itu beralih kepada sistem presiden pada 2018.

Statistik Kementerian Kehakiman menunjukkan pendakwa raya membuka hampir 83,000 kes antara 2016 hingga akhir 2025 berkaitan kesalahan di bawah Artikel 299 hingga 301 Kanun Keseksaan Turkiye, yang merangkumi penghinaan terhadap presiden, bendera dan simbol negara serta bangsa Turkiye dan institusi kerajaan.

Di bawah Artikel 299, kesalahan menghina presiden boleh membawa hukuman penjara antara satu hingga empat tahun.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini