Hadiah Bahasa Public Bank-DBP angkat penulisan bermutu

Hadiah Bahasa Public Bank-DBP angkat penulisan bermutu tanah air

DR. Hazami Jahari (lima dari kiri) bersama Wong Kah Woh (enam dari kanan) dan Tay Ah Lek (lima dari kanan) bersama sebahagian pemenang peraduan Hadiah Bahasa Public Bank-DBP pada majlis penyampaian hadiah program tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. – SUMBER/DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masih banyak perlu dilakukan bagi terus menyemarakkan perkembangan bahasa dan sastera tanah 

menerusi usaha melahirkan karya penulisan sastera bermutu untuk tatapan khalayak peminat bidang berkenaan.

Pelbagai usaha sebelum dan selepas ini dan sedang dilakukan bagi menggalakkan pengkarya tempatan terus menghasilkan penulisan bermutu dalam pelbagai genre 

Memuatkan artikel berkaitan…

In yang dilakukan menerusi sinergi  yang kukuh antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  terus menyemarakkan perkembangan bahasa dan sastera tanah air menerusi pertandingan Bahasa yang diadakan dengan kerjasama Public Bank menerusi Haiah Bahasa.

Program tersebut dilancarkan pada 22 Mei tahun lalu yang diwujudkan semula selepas dihentikan sebelum ini.

Satu majlis penyampaian pertandingan tersebut yang merupakan kemuncak kepada pelaksanaan Hadiah Bahasa Public Bank – DBP, satu inisiatif bagi memberikan pengiktirafan kepada penghasilan karya berkualiti dalam bahasa Melayu.

Hadiah Bahasa Public Bank – DBP bukan sahaja menjadi platform pengiktirafan kepada penulis dan pelajar, malah memperlihatkan potensi kerjasama strategik antara badan bahasa negara dengan sektor korporat dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu.

Program tersebut memberikan ruang kepada bahasa Melayu untuk terus berkembang sebagai bahasa ilmu dan wahana penyampaian pemikiran dalam pelbagai bidang. 

Pada masa yang sama, pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar sejak peringkat sekolah rendah sehingga institusi pengajian tinggi dapat menggalakkan pembudayaan penulisan yang baik dan bermutu dalam kalangan generasi muda.

Bagi golongan akademik dan profesional pula, Hadiah Bahasa Public Bank – DBP menjadi galakan untuk terus menghasilkan karya bahasa yang dapat dimanfaatkan  sebagai bahan bacaan dan rujukan masyarakat. 

Matlamatnya adalah antara justifikasi utama penganjuran program sebagaimana digariskan dalam kertas awalan.

Program tersebut yang bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada karya dalam pelbagai bidang yang ditulis dalam bahasa Melayu, memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada

pelajar pada peringkat universiti, prauniversiti, sekolah menengah dan sekolah rendah yang menghasilkan

karya bermutu, melahirkan pelajar yang berupaya menghasilkan penulisan dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik; dan  menunjukkan sokongan dan keprihatinan Public Bank Berhad terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.

 

 

Tema pertandingan adalah pembangunan lestari, yang mencakupi bidang ekonomi, masyarakat dan alam sekitar

Menurut DBP, tema tersebut diketengahkan melalui penghasilan karya dan penulisan dalam bahasa Melayu. Pemilihan tema ini turut membuka ruang kepada bahasa Melayu untuk berfungsi

sebagai bahasa ilmu dalam membicarakan isu semasa dan pembangunan masyarakat. 

Sebanyak lima kategori  dipertandingkan iaitu Kategori A  (Hadiah Karya (Buku) yang menawarkan hadiah 

lima  hadiah (RM10,000 ) beserta hadiah iringan dan sijil penghargaan)

Kategori  B  pula adalah Penulisan Esei (Institusi Pengajian Tinggi) menawarkan hadiah RM1,700 manakala Kategori  membabitkan Penulisan Esei, Kategori D (Penulisan esei sekolah menengah) dan kategori E (penulisan esei (sekolah rendah).

Ketua Pengarah DBP Datuk Dr. Hazmai Jahari yang juga panel ketua penilai berkata, Hadiah Bahasa Public Bank – DBP merupakan satu daripada aspek penting dalam usaha pembinaan keterampilan berkarya melalui penulisan bersifat ilmiah dan kreatif dalam kalangan pelbagai peringkat masyarakat di Malaysia.

Selain itu, pertandingan ini merupakan pemangkin dalam usaha penghasilan karya penulisan bermutu yang mampu menjadi penyumbang dalam pembinaan negara bangsa yang berilmu dan bijaksana.

Mengulas mengenai Kategori A beliau berkata, panel penilai menilai buku-buku yang diterima berdasarkan tiga kriteria utama, iaitu kesempurnaan bahasa, keilmuan dan keberkesanan gaya persembahan manakala bagi Kategori B, C, D dan E  penyertaan pelajar dalam semua kategori menunjukkan peningkatan ketara dari segi penguasaan bahasa Melayu, penyusunan idea secara koheren dan kebolehan menghuraikan isi esei dengan fakta serta contoh yang relevan, selaras dengan tema nilai teras Malaysia MADANI, khususnya pembangunan lestari.

“Dalam Kategori B dan C, peserta berjaya merangka isi dengan baik, menonjolkan kreativiti dan keprihatinan terhadap isu semasa, walaupun masih terdapat kesalahan lazim seperti pemilihan kata, pembinaan ayat, ejaan dan penggunaan tanda baca, “ ujarnya dalam majlis penyampaian hadiah program tersebut yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kam Woh.

Kata beliau bagi kategori sebahagian peserta dapat mengaitkan nilai madani dengan pembangunan negara, menyusun esei secara sistematik dan menggunakan bahasa yang berseni, meskipun ada yang bergantung pada petikan pihak lain dan kurang mengaitkan amalan kerajaan secara tuntas dan kategori E menonjolkan peserta yang tajuk eseinya selaras dengan tema, isi dihuraikan lengkap dan tepat, serta penggunaan peribahasa yang sesuai, menunjukkan kefahaman mendalam terhadap nilai MADANI.

“Secara keseluruhannya, pertandingan ini berjaya mencungkil bakat penulisan pelajar, mengasah pemikiran kreatif dan kritis, serta memperkukuh penguasaan bahasa Melayu. 

“Penyertaan ini turut menggalakkan kesedaran sivik dan pemahaman terhadap nilai madani dalam kalangan generasi muda, sekali gus menyokong usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memperkasakan bahasa kebangsaan dan memupuk budaya membaca yang bermutu,” ujarnya.

Daripada semua kategori,  seramai lima peserta terpilih sebagai pemenang pertandingan bagi setiap kategori. 

Dalam pada itu seorang pemenang Saif A-Zuhayli Azri daripada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint II 11 (2) berkata, dia menyertai pertandigan tersebut kerana meminati bidang bahasa yang indah .

“Pertandingan iin juga meningkatkan amalan membaca dalam kalangan generasi muda seperti saya, “ ujarnya yang menulis esei Membina Masa Depan Bersama Malaysia Madani 

Bagi adiknya Adwa Zufayra Azri daripada sekolah yang sama mengakui meminati bahasa Melayu dan ibunya menggalakkan mereka belajar bahasa tersebut 

“Mempelajari bahasa ini penting untuk berkomunikasi dalam kehidupan, “ ujarnya yang mendapat bimbingan dan galakan daripada ibu mereka Surianah Yahya yang merupakan seorang penulis.

Saif Az-Zuhayli dan Adwa Az Zufayta merupakan antara pemenang kategori E (penulisan esei sekolah rendah) .

Bagi Suriayanah , dia sentiasa menggalakkan anak anaknya menyerrai program atau pertandingan yang dapat meningkatkan amalan membaca dalam kalangan anak-anaknya termasuk yang dianjurkan menerusi program Nilai Murni Amalan Membaca (NILAM) 

 

SENARAI PEMENANG

KATEGORI A: HADIAH KARYA (BUKU)

BELAYAR DI ANGIN BARAT, GELOMBANG BARAT: KEMBARA KE AMERIKA DAN EROPAH

DBP, 2024

MUHAMMAD HAJI SALLEH

2) MENGHARUNGI SAMUDERA MENGGAPAI ANGKASA

DBP, 2024

MOHAMED HATTA SHAHAROM

 

MERUNUT VARIAN LEMBANGAN SUNGAI TERENGGANU: APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

DBP, 2024

i.      SHAHIDI A. HAMID

ii.    MOHAMAD FIRDAUS AZAHARUDDIN

 

KEDAH TUA: SEJARAH, ARKEOLOGI & NARATIF BAHARU

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN THINK CITY, 2024

i.      NASHA RODZIADI KHAW

ii.    NAZARUDIN ZAINUN

iii.   SURESH NARAYANEN

 

BIOGRAFI SASTERAWAN NEGARA ABDULLAH HUSSAIN: TUKANG CERITA BERGELAR PUJANGGA

DBP, 2024

ZALEHA AHMAT

 

KATEGORI B: PENULISAN ESEI (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI)

  1. MALAYSIA MADANI DAN AGENDA LESTARI 2030: MEMPERKASA EKONOMI, MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR SECARA HOLISTIK

 MICHELLE RODRIGUES

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

 

2) METAVERSE: ANTARA REALITI DAN FANTASI TEKNOLOGI

NORAINI BINTI RAMLI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

3) TELOK MELANO DAN SEMATAN: MODEL MIKRO MALAYSIA MADANI DALAM PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

FRANKLIN DAGANG ANAK SIBA

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

4) MELAKAR MASA DEPAN SEIMBANG MELALUI PRINSIP MADANI

SALMI BINTI SALEH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

5) PENERAPAN DAN PEMERKASAAN BUDAYA IHSAN DALAM KALANGAN PELAJAR DAN WARGA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA

AMIRAH HUSNA BINTI MOHD NOR

UNIVERSITI MERITUS

 

KATEGORI C: PENULISAN ESEI (PRAUNIVERSITI)

  1. MALAYSIA MADANI SEBAGAI ASAS KUKUH KE ARAH PEMBANGUNAN LESTARI YANG SEIMBANG DAN INKLUSIF

AHMAD NUR SYAKIRIN BIN KAMARUL AZMAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5 (1)

2) MALAYSIA MADANI: MENJULANG NILAI, MENJAMIN LESTARI

YAGASH A/L THINENDRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AHMAD BOESTAMAM

 

KATEGORI D: PENULISAN ESEI (SEKOLAH MENENGAH)

 

1.        NILAI MADANI PEMACU PEMBANGUNAN LESTARI NEGARA

ELMAN RAIMI BIN BORHAN

SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING

 

2.         MALAYSIA MADANI TERAS PEMBANGUNAN LESTARI: MENITI ARUS KEMAJUAN DENGAN NILAI SEJAGAT

LAYLA DANIA BINTI MOHD NASIR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN         ST. ANNE’S CONVENT

3) NILAI MADANI TERAS KESEIMBANGAN NEGARA

CHINTA NATALIE BINTI SAHREN

SEKOLAH MENENGAH ANTARABANGSA YAYASAN SARAWAK

4.         

MALAYSIA MADANI KUNCI MENGGENGGAM KELESTARIAN MALAYSIA HARMONI

SITI NUR IZZATI BINTI NOR AZAM EFENDY

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD

 

5.        MALAYSIA MADANI DAN PEMBANGUNAN LESTARI

 

SHARIFAH NUR SYAHEERA BINTI TUAN ZAINAL ABIDIN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN    PADANG NEGARA

6.         

MALAYSIA MADANI TONGGAK PEMBANGUNAN LESTARI NEGARA

GAAYATHRI A/P JANARTHANAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN    ST. ANNE’S CONVENT

7.         

MALAYSIA MADANI: ARAH PEMBANGUNAN LESTARI NEGARA

THAM WENG LAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN    GAJAH BERANG

8.         

PEMBANGUNAN MALAYSIA BERTERASKAN NILAI MALAYSIA MADANI

NORADIB ADAM BIN NORBERT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN    RANAU

9.         

INTEGRASI NILAI MADANI DALAM PEMBANGUNAN LESTARI

 

SANJEEVAN A/L GUNASEKARAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LELAKI METHODIST SENTUL

10.      

PEMBANGUNAN LESTARI MELALUI NILAI TERAS MALAYSIA MADANI

JULIA FARHANA BINTI MOHD FADZLI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN    TUN SYED NASIR ISMAIL

 

KATEGORI E: PENULISAN ESEI (SEKOLAH RENDAH)

 

MEMBINA MASA DEPAN LESTARI BERSAMA MALAYSIA MADANI

  1. SAIF AZ ZUHAYLI AZRI

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11 (2)

 

2.         MASYARAKAT MADANI PEMANGKIN EKONOMI LESTARI DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

NUR FATHIAH SHADRINA MOHD FADHIL

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NILAM

3) MALAYSIA MADANI, HARAPAN BAHARU RAKYAT MALAYSIA

LOKE MIN HUI

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KEPONG 2

 

4.         MALAYSIA MADANI: NEGARA MASA DEPAN YANG KITA IMPIKAN

AHMAD MISHARY AHMAD FARIHAN

SEKOLAH RENDAH TAHFIZ NEGERI PAHANG

 

5.         MASA HADAPAN NEGARA MALAYSIA BERKONSEP MALAYSIA MADANI

MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD AKMAL

SEKOLAH RENDAH  ISLAM AL-AKHYAR

 

6.         MURID MADANI, HARAPAN MALAYSIA LESTARI

MUHAMMAD SYAHMI BIN SAIFUL HAFIZ

SEKOLAH KEBANGSAAN LESONG BATU

 

 

7) MALAYSIA MADANI: GAGASAN BERWAWASAN UNTUK MASA DEPAN NEGARA

SEAH YUN XIN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA)  KEPONG 2

 

8) MALAYSIA MADANI: PEMACU KEMAJUAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DAN KELESTARIAN ALAM

NUR IRSHADIAH MUNIRAH MUHAISHAM

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG KAPAS 

9 ) KELESTARIAN MALAYSIA MADANI DALAM KEPELBAGAIAN BIDANG

WAN MUHAMMAD AKHTAR BIN WAN MOHD AZWAN

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AKHYAR

 

10.     PEMBANGUNAN LESTARI MELALUI NILAI TERAS MALAYSIA MADANI

ALMIGHTY MC. AUTUMN ISHAK

SEKOLAH KEBANGSAAN MELANGKA

11) PEMBANGUNAN LESTARI: NEGARA MAJU, RAKYAT SEJAHTERA, ALAM CERIA

ADWA AZ ZUFAYRA  AZRI

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11 (2)

12. MADANI PEMANGKIN PEMBANGUNAN LESTARI NEGARA

NUR DAMIA AMANI BINTI HAIRIE

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAJA

13.    PEMBANGUNAN LESTARI BERTERASKAN NILAI MADANI: KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA

DAMIA MARISSA ABD. RAZAK

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN

14.      SAYANGI ALAM, SAYANGI MALAYSIA

HANISAH AQILAH MOHD TAHIR

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLOMBONG

15.      

KEPENTINGAN HUTAN BAKAU

NUR UMAIRAH FARZANA MOHD ANUAR

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUMBUH    –UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini