Sudahnya tak jadi kahwin - Abby Abadi - Utusan Malaysia

Sudahnya tak jadi kahwin – Abby Abadi

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, 48,  mengutuk insiden curang membabitkan seorang doktor anak enam yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Abby, kejadian itu mengingatkan dia terhadap insiden sama membabitkan kenalan rapat yang berlaku sekitar 20 tahun lalu.

“Bila tengok kes doktor lelaki yang tak sedar diri anak dah enam, curang, cerai, lepas itu gatal nak berkahwin ini, teringat saya kejadian 15-20 tahun dulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang terdekat buat perangai, anak lima. Anak-anak lelaki ajak saya tolong. Mereka umur belasan tahun masa tu. Kami kejar ayahnya tengah berdua-duaan dengan penyondol.

“Serbu naik kereta perempuan (penyondol) itu. Tazkirahkan serba sikit,” katanya di laman Thread.

Sambung Abby, tindakan dia dan anak-anak lelaki tersebut yang menyerbu dan menasihatkan bapa mereka akhirnya berjaya menyelamatkan keluarga mereka daripada kehancuran.

Nasihatnya, anak-anak perlu memainkan peranan untuk jika mereka mahukan perkahwinan ibu bapa mereka harmoni dan berkekalan.

“Anak-anak lelaki pun cakap begitu dan begini, sudahnya tak jadi kahwin! Itulah sepatutnya…serbu! Bagi begegar sikit otak dia,” kongsinya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini