Asap kebakaran Kalimantan merebak ke Jakarta

Asap kebakaran Kalimantan merebak ke Jakarta

INDONESIA kini meningkatkan usaha membendung kebakaran di enam wilayah paling teruk terjejas di Borneo dan Sumatera.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan kini merebak hingga ke Jakarta, mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan penduduk apabila kualiti udara di beberapa kawasan mencecah tahap tidak sihat.

Penyebaran asap itu mendorong agensi meteorologi Indonesia menasihatkan penduduk supaya mengehadkan aktiviti luar.

Pegawai kanan agensi iti, Guswanto, berkata imej satelit menunjukkan asap merebak merentasi Kalimantan dan Sumatera sebelum sampai ke Banten, Jawa Barat dan Jakarta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Guswanto menasihatkan penduduk supaya mengelakkan aktiviti senaman di luar dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran udara.

Beliau turut menegaskan bahawa penilaian risiko kesihatan perlu berdasarkan bacaan kualiti udara sebenar dan bukan imej satelit sahaja.

Kebakaran hutan bermusim yang semakin buruk tahun ini akibat keadaan kering susulan fenomena El Niño yang lebih kuat berulang kali menyebabkan jerebu tebal di seluruh Indonesia dan negara jiran.- AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini