‘Siapa kata BN umum calon 24 Oktober?’

‘Siapa kata BN umum calon 24 Oktober?’

AB. Rauf Yusoh bersama sebahagian daripada 650 Geng E-Hailing dan P-Hailing yang menghadiri program Sembang bersama Tok Rauf Parlimen Masjid Tanah di Villa D'Aqua, Kampung Pulau,  malam tadi. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) Melaka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat dan bukannya pada 24 Oktober seperti tular di media sosial sebelum ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya sedang melakukan rundingan berhubung perkara itu dan sebarang keputusan lanjut akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

“Siapa kata 24 Oktober BN nak umum calon. Tanya orang yang berkata kerana ia bukan dari saya. Insyallah semua sudah siap (senarai calon).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengenai rundingan kerjasama, hasil rundingan akan diberitahu dalam meja rundingan yang terakhir dalam masa terdekat. Kita akan bagi tahu dalam masa terdekat,” ujarnya kepada pemberita pada program Sembang Santai Geng E-Hailing dan P-Hailing bersama Tok Rauf Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Aqua, Kampung Pulau, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Ab. Rauf berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas rundingan terakhir dengan parti-parti yang terlibat selesai dimuktamadkan tidak lama lagi.

Mengenai senarai calon BN beliau berkata, semua senarai calon  setakat ini sudah dimuktamadkan dan menunggu masa serta tarikh yang sesuai untuk diumumkan.

“Kita akan bagi tahu dalam masa yang terdekat ini pada bila-bila masa,” ujarnya ringkas.

Penjelasan itu sekali gus memberi gambaran bahawa tarikh pengumuman calon BN Melaka masih bergantung pada perkembangan rundingan politik yang sedang berlangsung, bukannya terikat dengan tarikh 24 Oktober yang tersebar di media sosial.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri DUN Melaka ke-16 manakala 31 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Bagi hari mengundi awal bagi PRN Melaka akan diadakan pada 10 November manakala tempoh berkempen pula ditetapkan berlangsung selama 14 hari bermula 31 Oktober sehingga 13 November.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini