WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menolak kemungkinan menggunakan senjata nuklear terhadap Iran, sambil menegaskan Washington tidak memerlukan senjata sedemikian untuk mencapai matlamatnya.
Dalam temu bual bersama Newsmax semalam, Trump turut menjelaskan bom yang digelar ‘ibu segala bom’ bukan senjata nuklear, sebaliknya senjata konvensional berkuasa tinggi.
Penjelasan itu dibuat susulan laporan pentadbirannya sedang mempertimbangkan penggunaan bom berkenaan terhadap Iran, berkemungkinan selepas pilihan raya pertengahan penggal AS.
“Ibu segala bom bukan bom nuklear. Ia hanya bom yang sangat besar,” katanya.
Trump sekali lagi menegaskan senjata itu tidak menggunakan teknologi nuklear.
“Ibu segala bom ialah bom yang sangat besar, tetapi ia bukan nuklear,” katanya.
Beliau turut menolak penggunaan senjata nuklear terhadap Iran, dengan menyatakan AS tidak perlu mengambil langkah sedemikian.
“Tidak, saya tidak akan menggunakan senjata nuklear. Kita tidak perlu berbuat demikian,” katanya.
Dalam temu bual sama, Trump turut ditanya sama ada beliau mempercayai Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Sejujurnya, saya tidak mempercayai sesiapa. Saya tidak mempercayai sesiapa. Dalam dunia politik, saya tidak mempercayai sesiapa,” katanya.- ANADOLU











