Yakult Malaysa memperkukuh komitmen saintifik dengan akuan fungsi baharu Shirota Strain - Utusan Malaysia

Yakult Malaysa memperkukuh komitmen saintifik dengan akuan fungsi baharu Shirota Strain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yakult Malaysia hari ini mengumumkan satu pencapaian penting dalam penyelidikan saintifiknya di Malaysia berikutan kelulusan akuan fungsi baharu yang mengiktiraf peranan strain Lacticaseibacillus paracasei Shirota (sebelum ini dikenali sebagai strain Lactobacillus casei Shirota dan lebih dikenali sebagai Shirota strain) membantu menyokong tindak balas imun.

Akuan fungsi yang baru diluluskan, ‘Membantu Menyokong Tindak Balas Imun’, mengukuhkan lagi nilai saintifik Shirota strain serta melengkapi fokus Yakult yang telah sekian lama dalam menggalakkan fungsi usus melalui pengambilan probiotik setiap hari.

Selama lebih 90 tahun, Shirota strain menjadi teras kepada penyelidikan saintifik dan pembangunan produk Yakult.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dipilih oleh Dr. Minoru Shirota kerana keupayaannya untuk bertahan melalui sistem pencernaan dan sampai ke usus dalam keadaan hidup, Shirota strain telah dikaji secara meluas bagi memahami peranannya dalam mengekalkan fungsi usus.

Usus memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh secara keseluruhan dan mempunyai kaitan rapat dengan fungsi imun.

Dengan kelulusan akuan fungsi baharu ini, Yakult Malaysia akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan usus dan kaitannya dengan tindak balas imun semula jadi badan terhadap ancaman kesihatan.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Encik Hiroki Yanase, berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima kelulusan bagi akuan fungsi baru ‘Membantu Menyokong Tindak Balas Imun’ untuk Shirota strain.

“Kelulusan ini membolehkan kami menerangkan dengan lebih lanjut peranan Shirota strain membantu menyokong tindak balas imun, sekaligus membantu pengguna memahami bahawa manfaat probiotik bukan sahaja berkaitan dengan kesihatan usus dan pencernaan, malah turut menyokong aspek kesihatan yang lain.

“Kami berharap akuan fungsi baharu ini dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengenali sains di sebalik probiotik dan membuat pilihan yang tepat sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan kesihatan harian,” katanya.

Yakult Malaysia terus komited dalam menggalakkan pengguna menjadikan probiotik sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang seimbang dan sihat.

Setiap botol Yakult mengandungi lebih daripada 30 bilion bakteria hidup Shirota strain, selaras dengan komitmen jangka panjang syarikat dalam menyokong kesihatan usus melalui pengambilan probiotik secara harian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini