Ukraine dakwa AS bantu Russia sekat amaran serangan - Utusan Malaysia

Ukraine dakwa AS bantu Russia sekat amaran serangan

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di lokasi serangan dron Russia yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman bertingkat di Kharkiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine menuduh Amerika Syarikat (AS) secara tidak langsung membantu Russia dengan tidak memberikan amaran awal mengenai serangan peluru berpandu Moscow dan mengehadkan sistem internet satelit Starlink yang penting bagi operasi dron tentera Kyiv di medan perang.

Pertikaian diplomatik itu tercetus selepas serangan peluru berpandu balistik selama dua malam berturut-turut menyasarkan ibu negara Kyiv, dengan siren amaran serangan udara gagal dibunyikan sebelum sasaran dibedil.

Serangan itu mengorbankan 15 orang di seluruh Ukraine dan merosakkan beberapa loji janakuasa di Kharkiv, Zhytomyr, Sumy dan Chernihiv.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengecam tindakan menafikan akses kepada maklumat perisikan itu sebagai sama sekali tidak adil, menegaskan Moscow menunjukkan sikap tidak menghormati AS secara terang-terangan apabila melanggar gencatan senjata tenaga yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump.

Pegawai pertahanan Ukraine melaporkan kelajuan sambungan terminal satelit berkenaan dihadkan apabila dron melebihi 160 kilometer sejam dan dalam sesetengah keadaan, 80 kilo­meter sejam.

Sekatan itu menjejaskan keupayaan tentera Ukraine untuk memintas dron Shahed atau menyasarkan kedudukan yang dikuasai Russia.

Zelensky turut merayu kepada bilionair AS, Elon Musk supaya memulihkan sambungan penuh bagi terminal Starlink.

Musk berkata, sebarang gangguan itu berpunca secara langsung daripada kerajaan AS, bukannya SpaceX, sambil membezakan peralatan Starlink untuk kegunaan awam daripada sistem ketenteraan Starshield.

“Sistem Starshield dimiliki dan dikawal oleh kerajaan AS. Sebarang had kelajuan atau penggunaan ditentukan oleh tentera AS dan akhirnya presiden AS,” tulisnya di platform X, merujuk kepada Trump. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini