Kerajaan kena campur tangan

Kerajaan kena campur tangan isu nikah sempadan

Nikah sindiket
KERAJAAN diminta campur tangan selesaikan isu rakyat Kelantan berkahwin di Thailand melalui pangkalan haram. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan diminta campur tangan bagi menyelesaikan isu rakyat Kelantan yang berkahwin di Thailand selepas memasuki negara itu secara tidak sah melalui pangkalan haram.

Pengarah Urusan Firma Guaman Aniza Nazri Consultancy, Datuk Ahmad Nazri Minhat berkata, langkah itu penting bagi membolehkan status perkahwinan pasangan terbabit diselesaikan tanpa terus dibebani masalah pentadbiran dan perundangan.

Katanya, pasangan berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika peruntukan itu dikuatkuasakan, pasangan terbabit berdepan denda tinggi dan mungkin tidak mampu membayarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, isu itu perlu ditangani secara menyeluruh kerana bukan sahaja membabitkan pasangan, malah turut menjejaskan urusan anak-anak, termasuk persekolahan.

Ahmad Nazri berkata, kerajaan juga perlu mengambil kira amalan Konsulat Malaysia di Songkhla yang sebelum ini membenarkan pasangan tanpa dokumen perjalanan sah mengemukakan surat akuan sumpah untuk pengesahan Wisma Putra.

Katanya, amalan yang dilaksanakan sejak kira-kira sedekad lalu itu wajar dipertimbangkan sebelum sebarang perubahan dasar dikuatkuasakan terhadap pasangan yang berkahwin sebelum ini.

“Jika sekatan hendak dilaksanakan, ia tidak sepatutnya dikuatkuasakan secara retrospektif kerana amalan berkenaan sudah dipraktikkan sejak sekian lama.

“Jika sekatan bermula 1 Jun 2026 terhadap pasangan yang berkahwin melalui laluan tidak rasmi tanpa dokumen perjalanan sah, perkara itu perlu diperjelas sebagai dasar bagi tempoh seterusnya,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, segelintir ejen pernikahan di Thailand dikesan mengambil jalan mudah dengan membawa pasangan dari Malaysia melalui laluan tidak sah, termasuk lorong tikus dan laluan sungai.

Tindakan itu bukan sahaja menyebabkan pasangan terbabit melakukan kesalahan imigresen Thailand, malah menyukarkan mereka mendapatkan surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia di Songkhla. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini