Suspek bunuh Irene Sofiya berdepan tuduhan mahkamah, hari ini - Utusan Malaysia

Suspek bunuh Irene Sofiya berdepan tuduhan mahkamah, hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal bakal berdepan pendakwaan kerana membunuh, di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini hari ini.

Difahamkan, suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan memasuki kamar mahkamah bagi mendengar prosiding susulan tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan Irene Sofiya ditemukan maut dipercayai mati dibunuh di dalam dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tubuh badannya.

Susulan itu katanya, pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini