Dua penjenayah tak sempat joli RM3,000 dicekup polis

Dua penjenayah tak sempat joli RM3,000 dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Dua lelaki tidak sempat berjoli wang hasil ragut berjumlah RM3,000 apabila dicekup polis kurang enam jam selepas melakukan jenayah itu di Jalan Singkir, di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar 3.30 petang, kedua-dua suspek berumur 20-an dikesan melalui telefon mangsa yang turut dilarikan, sebelum mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam di Gurun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, kejadian berlaku ketika seorang juruwang wanita berusia 42 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Tanjung Dawai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek turut menunggang motosikal dan menghimpit mangsa sebelum bertindak meragut beg di dalam raga motosikal wanita itu hingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tangan.

“Beg mangsa yang mengandungi wang tunai kira-kira RM3,000, sebuah telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri mangsa telah dilarikan,” katanya.

Beliau berkata, polis menemui semula wang yang diragut beserta telefon pintar milik mangsa dan semua dokumen peribadinya.

“Kedua-dua lelaki terbabit turut positif dadah dan semakan mendapati mereka memiliki rekod jenayah dan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini