Ulat teksi, persaingan himpit pendapatan pemandu teksi

Ulat teksi, persaingan himpit pendapatan pemandu teksi

PEMANDU kereta sewa/teksi Terengganu Hentian Terminal Bas MBKT menunggu pelanggan di Kuala Terengganu. - UTUSAN/ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kegiatan ulat teksi, persaingan se­ngit dan kemerosotan jumlah penum­pang terus menghimpit pendapatan pemandu teksi di negeri ini, sekali gus menuntut penguatkuasaan lebih tegas bagi menjamin kelangsungan mata pencarian mereka.

Walaupun menyambut baik bantuan tunai RM1,000 yang diumumkan kerajaan, pemandu teksi berharap masalah berlarutan itu diberi perhatian serius kerana bantuan sekali bayar hanya mampu meringankan beban untuk sementara waktu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa/Teksi Terengganu Hentian Terminal Bas MBKT, Wan Murad Wan Jaafar berkata, tindakan lebih berkesan perlu diambil terhadap kegiatan ulat teksi yang menjejaskan peluang pemandu berdaftar mendapatkan penumpang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, persaingan dengan perkhidmatan pengangkutan awam lain turut menyukarkan pemandu teksi memperoleh pendapatan mencukupi, teruta­ma ketika jumlah pelanggan semakin berkurangan.

“Nilai RM1,000 itu besar dan ka­mi bersyukur menerimanya. Na­mun, masalah yang dihadapi pe­mandu teksi juga perlu dinilai se­mula, terutama berkaitan pe­nguat­kuasaan terhadap ulat teksi.

“Persaingan dengan perkhidmatan pengangkutan awam lain semakin sengit sehingga me­nyu­karkan kami mendapatkan penumpang dan mencari pendapatan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menerusi Belanjawan 2027, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bantuan sekali bayar RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah hasil kutipan jualan nombor pendaftaran khas siri ‘H’.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumpul RM91.2 juta menerusi siri ‘H’ yang dilelong secara dalam talian bermula 16 hingga 20 September lalu sempena sambutan Hari Malaysia.

Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

Wan Murad berkata, seramai 28 pemandu teksi berdaftar dengan persatuan itu turut berdepan kesukaran mendapatkan pendapatan mencukupi untuk menampung kos sara hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini