Bonnie tekad pertahan emas Sukan Para Asia

Bonnie tekad pertahan emas Sukan Para Asia

Bonnie Bunyau Gustin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bersedia untuk mempertahankan kilauan pingat emas buat kali kedua berturut-turut apabila bakal beraksi dalam Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

Keyakinan itu disuarakan oleh jurulatihnya, Mohammad Shahibullah Ambi selepas mengakui Bonnie dalam keadaan terbaik bagi menggalas cabaran negara di temasya terbesar Asia itu.

Jelasnya, selepas Bonnie membawa pulang gangsa Sukan Komanwel Glasgow, Julai lalu, perancangan taktikal dan persiapan lebih rapi dilakukan demi memastikan pingat emas berjaya dibawa pulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kali ini kami perlu lebih berhati-hati, sebelum ini dia dapat gangsa di Sukan Komanwel di mana kami guna formula angkatan dan pada percubaan ketiganya memang kami tak puas hati.

“Keadaan Bonnie berada dalam keadaan terbaik dan dia memberikan fokusnya malah berkeyakinan tinggi bagi menghadapi Sukan Para Asia ini. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada rezeki,” katanya.

Bonnie mula beraksi di pentas Sukan Asia pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang dengan meraih perak sebelum memperbaiki pencapaiannya untuk merangkul pingat emas di Hangzhou 2022.

Dalam pada itu, Shahibullah berkata, walaupun keadaan tubuh fizikal Bonnie berada di tahap terbaik namun mereka masih perlu berhati-hati agar kecederaan yang ditimpanya sebelum ini tidak berulang.

“Sebelum ini dia pernah cedera ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024. Jadi, regim latihan tidak boleh terlalu mendesak,” katanya.

Sebagai rekod, Bonnie terpaksa melawan kesakitan di bahagian bahu kirinya ketika mempertahankan emas kategori lelaki 72 kilogram (kg) sekali gus memecahkan rekod dunia miliknya pada Sukan Paralimpik Paris 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini