SPRM panggil Nazir Hussin, isteri, pembantu bagi bantu siasatan

SPRM panggil Nazir Hussin, isteri, pembantu bagi bantu siasatan

SPRM panggil Nazir Hussin, isteri, pembantu bagi bantu siasatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah memanggil Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Husin, isteri dan pembantunya bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna kedudukan dalam urusan pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

Kehadiran Nazir adalah untuk menerima notis pengisytiharaan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 manakala isteri dan pembantunya dirakam percakapan.

Penyerahan notis serta rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, Nazir bagaimanapun enggan menerima notis tersebut dengan alasan beliau sudah memfailkan permohonan injuksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menghalang pelaksanaan arahan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

“Rakaman percakapan yang melibatkan isteri dan pembantu Nazir berlangsung selama satu jam 30 minit.

“Beliau (Nazir), isteri dan pembantunya tiba di SPRM kira-kira pukul 11 pagi tadi dan isteri serta pembantunya telah dilepaskan pada pukul 1.15 petang tadi,” katanya. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini