Pakar syak wabak misteri Russia berkait senjata biologi

Pakar syak wabak misteri Russia berkait senjata biologi

FOTO tanpa tarikh dikeluarkan Institut Penyelidikan Antisampar Irkutsk menunjukkan seorang pakar bekerja di sebuah makmal di Krasnoyarsk. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang pakar penyakit mendakwa wabak yang disyaki penyakit Black Death di Russia baru-baru ini mungkin merupakan satu usaha ‘menutup kebenaran’ berhubung kemungkinan pembangunan senjata biologi.

Dakwaan itu dibuat ketika kebimbangan terhadap penyakit misteri berkenaan semakin meningkat, termasuk kemungkinan penularannya ke China susulan laporan pembelian panik dan tindakan menimbun bekalan makanan di negara itu.

Bekas Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Dr Robert Redfield, mempersoalkan laporan kematian seorang pekerja makmal yang dikaitkan dengan wabak pneumonik di Russia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kebimbangan mengenai kemungkinan penularan wabak itu meningkat selepas Darya, Shipilova, 28, dilaporkan memecah tabung uji di Institut Penyelidikan Antiwabak Irkutsk yang mempunyai kawalan keselamatan ketat di Siberia, Russia.

Pekerja makmal itu meninggal dunia akibat penyakit misteri pada 2 Oktober lalu. Susulan itu, hampir 200 individu diletakkan di bawah kuarantin, manakala beberapa hospital di wilayah Irkutsk ditutup.

Redfield berkata, beliau tidak percaya kematian wanita itu berpunca daripada wabak.

“Saya berpendapat pihak berkuasa Russia berkemungkinan besar mengetahui punca sebenar kematiannya. Jika wabak jenis semula jadi, ia sangat mudah dirawat dengan antibiotik tanpa menyebabkan kematian,” katanya.

Redfield turut mempersoalkan laporan pihak berkuasa Russia mengasingkan kira-kira 200 individu dan menutup lima hospital selepas kematian wanita itu.

“Patogen ini sangat sukar merebak daripada seorang manusia kepada manusia lain. Oleh itu, tindak balas pihak berkuasa Russia menimbulkan tanda tanya kepada saya.

“Perkara ini menimbulkan syak wasangka saya bahawa punca sebenar kejadian itu mungkin ada kaitan dengan program senjata biologi mereka,” kata Redfield.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini