NASA rakam 'senyuman kosmik' gergasi di angkasa

NASA rakam ‘senyuman kosmik’ gergasi di angkasa

IMEJ 'senyuman kosmik' gergasi dirakam oleh NASA dan Agensi Angkasa Eropah menggunakan Teleskop Angkasa Hubble.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej unik memaparkan ‘senyuman kosmik’ gergasi yang terhasil daripada lengkungan ruang masa.

Potret pelik itu dirakam oleh NASA dan Agensi Angkasa Eropah menggunakan Teleskop Angkasa Hubble.

Gugusan galaksi itu kelihatan seolah-olah mempunyai dua mata jingga bercahaya, hidung putih berbentuk butang dan senyuman lebar yang berkilauan merentasi ruang angkasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

NASA menjelaskan ‘dua mata’ tersebut sebenarnya galaksi yang sangat terang, manakala garisan membentuk senyuman merupakan lengkungan disebabkan oleh kesan dikenali sebagai kanta graviti yang kuat.

Gugusan galaksi merupakan antara struktur paling besar di alam semesta, mengandungi ratusan galaksi individu dengan tarikan graviti yang cukup kuat untuk melengkungkan ruang masa di sekelilingnya.

Fenomena yang pada asalnya diramalkan oleh Albert Einstein itu menyebabkan cahaya daripada objek jauh membengkok ketika melalui kanta optik.

Dalam keadaan tertentu yang jarang berlaku, fenomena itu menghasilkan lingkaran cahaya terang dikenali sebagai Cincin Einstein, yang kelihatan seperti senyuman bercahaya di angkasa.

Menurut teori Einstein, objek yang mempunyai jisim besar mampu membengkokkan ruang masa di sekelilingnya. 

Apabila cahaya melalui kawasan itu, laluannya turut membengkok dan boleh menghasilkan imej yang kelihatan lebih besar atau berbilang daripada objek asal.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini