Mayat lelaki ditemukan terapung di Tasik Raban - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan terapung di Tasik Raban

MAYAT lelaki ditemukan terapung di kawasan tebing Tasik Raban pada Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan tebing Tasik Raban di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, penemuan mayat itu dilaporkan orang awam kepada pihak polis pada pukul 5.17 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Bahagian Forensik Hospital Taiping bagi pemeriksaan lanjut dan proses pengecaman identiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Identiti lelaki itu disahkan oleh isterinya menerusi proses pengecaman di Bahagian Forensik Hospital Taiping semalam.

“Bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi sekitar tasik telah menemukan sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna merah dan putih yang dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menghantar beberapa spesimen ke Jabatan Kimia Ipoh bagi menjalani ujian toksikologi.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini