Semua sekolah di Negeri Sembilan dibuka esok

Semua sekolah di Negeri Sembilan dibuka esok

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, pihak sekolah bagaimanapun perlu sentiasa memantau kualiti udara serta mematuhi garis panduan ditetapkan bagi memastikan kesihatan serta keselamatan murid dan warga sekolah terpelihara.

Menurutnya, kesemua aktiviti luar bilik darjah termasuk Pendidikan Jasmani, kokurikulum, sukan, perkhemahan, keraian, perhimpunan dan aktiviti di dewan terbuka hendaklah dihentikan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 selaras dengan ketetapan Surat Siaran Bilangan 1 Tahun 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Murid disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan, khususnya bagi mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko. 

“Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak akibat keadaan jerebu boleh memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan memaklumkan ketidakhadiran tersebut kepada pihak sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPNS berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap pengoperasian institusi pendidikan.

“Selain itu, Ibu bapa dan penjaga turut diminta mengikuti saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat terkini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini