ASEAN bincang isu jerebu rentas sempadan bulan depan

ASEAN bincang isu jerebu rentas sempadan bulan depan

BEBERAPA orang menaiki bot ketika jerebu tebal di Benua Melayu Darat, Pontianak, Kalimantan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: ASEAN akan menjadi isu jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di Indonesia sebagai antara agenda utama mesyuarat menteri-menteri luar blok itu bulan depan.

Jurucakap Kementerian Luar Filipina, Dominic Xavier Imperial, berkata isu jerebu itu termasuk dalam agenda mesyuarat persediaan menteri-menteri luar ASEAN pada November menjelang sidang kemuncak blok berkenaan.

“Isu itu termasuk dalam agenda,” katanya semalam, merujuk kepada mesyuarat persediaan menteri-menteri luar ASEAN menjelang sidang kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Filipina, selaku Pengerusi ASEAN, akan mengetuai perbincangan berkenaan bagi mencari pendekatan menangani masalah jerebu yang menjejaskan beberapa negara anggota.

Jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan selama beberapa bulan di Indonesia sejak kebelakangan ini turut menjejaskan Singapura dan Malaysia.

Malaysia minggu lalu menutup sekolah di beberapa negeri selepas bacaan pencemaran udara mencapai tahap tidak sihat.

Isnin lalu, Menteri Luarnya, Mohamad Hasan, berkata beliau akan membangkitkan isu jerebu berkenaan dalam mesyuarat ASEAN.

Beliau berkata, mekanisme sedia ada ASEAN untuk menangani bencana alam tidak merangkumi isu jerebu.

Menurut pemantau kualiti udara berpangkalan di Switzerland, IQAir, Singapura berada antara dua bandar utama paling tercemar di dunia pada awal Selasa, ketika kebakaran di pulau Kalimantan dan Sumatera terus mengeluarkan jerebu berbahaya.

Kebakaran itu semakin marak akibat fenomena cuaca El Niño yang lebih kuat, sekali gus mencetuskan jerebu tebal yang menjejaskan pernafasan penduduk setempat dan menyebabkan puluhan ribu kes penyakit pernafasan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini