Tripoli lumpuh akibat banjir, seorang maut

Tripoli lumpuh akibat banjir, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Hujan lebat menenggelamkan jalan raya di ibu negara Libya, Tripoli, semalam dan meragut nyawa seorang pekerja bank akibat renjatan elektrik.

Kerajaan mengarahkan perkhidmatan awam melancarkan operasi segera bagi mengepam keluar banjir, manakala pasukan keselamatan mengumumkan penutupan laluan lingkaran ibu negara itu.

Jumhouria Bank mengesahkan kematian pekerjanya itu apabila banjir menenggelamkan kotak utiliti semasa mangsa memasuki ibu pejabat bank di Tripoli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi mengurangkan risiko bahaya, Syarikat Elektrik Am turut memutuskan bekalan kuasa di beberapa daerah di Tripoli.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pengguna jalan raya bergelut menyelamatkan diri saat kereta mereka dinaiki air. Beberapa bangunan di pusat bandar turut terjejas termasuk hospital pusat dimasuki air ke bahagian koridor.

Pada Isnin lalu, Pusat Meteorologi Nasional telah meramalkan hujan lebat di seluruh kawasan utara negara itu serta mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal berhampiran lembah dan alur sungai.

Meskipun pihak berkuasa tempatan kerap berusaha membersihkan sistem perparitan dan lubang kumbahan daripada timbunan pasir gurun menjelang musim hujan, jalan raya di bandar itu tetap berdepan masalah banjir.

Pada pagi Selasa, trak perbandaran dan perkhidmatan jalan raya Tripoli dilihat bertungkus-lumus di laluan utama ibu negara untuk mengepam lumpur serta serpihan yang dibawa oleh arus deras air.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini