Tiga remaja cedera, bendera terkena talian pencawang elektrik

Tiga remaja cedera, bendera terkena talian pencawang elektrik

TANGKAP layar video memaparkan keadaan mangsa yang rebah selepas terkena renjatan elektrik di Mergong, Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga remaja lelaki cedera akibat terkena renjatan elektrik selepas bendera yang dibawa semasa perarakan keagamaan dipercayai terkena talian pencawang bervoltan tinggi di Mergong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, dua mangsa berusia 17 tahun dan seorang berumur 16 tahun kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas dimasukkan ke zon merah.

Setiausaha Persatuan Tokong Sayur Mergong, Chah Boon Chuan berkata, kejadian berlaku ketika ribuan peserta berarak di jalan utama di situ sebelum salah satu bendera dipercayai terkena pada talian elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami difahamkan bendera itu ditiup angin kencang ketika hujan rintik sebelum terkena pada talian elektrik. Seorang remaja yang memegang bendera serta dua lagi yang berada berhampiran cedera akibat terkena renjatan elektrik,” katanya.

Boon Chuan berkata, batang bendera itu diperbuat daripada buluh dan ia merupakan kejadian pertama berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini