TNB ThunderStars tidak boleh buat kesilapan

TNB ThunderStars tidak boleh buat kesilapan

AKSI antara TNB Thunderstars menentang TNB Thunderbolts di padang Uniten Bangi, semalam. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih TNB ThunderStars, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor mengakui sebarang kesilapan yang dilakukan pasukannya dalam pertemuan menentang Maybank dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL), esok, boleh menjejaskan peluang mereka untuk merangkul kejuaraan.

Madzli menjangkakan pertemuan tersebut berlangsung sengit memandangkan ketika ini kedua-dua pasukan itu sedang mendominasi perebutan kejuaraan liga.

TNB ThunderStars sebelum ini terikat 2-2 menentang Maybank dalam aksi pertama pada 16 Mei lalu dan Madzli mengakui berdasarkan keputusan tersebut kedua-dua pasukan adalah seimbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya pertemuan menentang Maybank, kami tak boleh buat silap. Pasukan mana yang buat kesilapan mereka akan kehilangan mata penting.

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan momentum dan kecergasan supaya mereka boleh menterjemahkan taktikal pasukan di atas padang. 

“Khamis ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan menguasai liga sebab sekarang ini, saya lihat TNB dan Maybank yang mendominasi liga,” katanya.

TNB ThunderStars ketika ini sedang mendahului liga dengan 28 mata sambil diekori rapat skuad kendalian Iman Gobinathan yang ketinggalan lima mata.

Mengemas kini status kecederaan pemain, Madzli berkata seramai tiga pemainnya tidak dapat diturunkan dan mereka adalah Norsyafiq Sumantri, Muhammad Fahmi Khalid dan Muhammad Syawal Abd Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini