Indonesia diminta ambil tindakan segera tangani jerebu - Anwar

Indonesia diminta ambil tindakan segera tangani jerebu – Anwar

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim selepas mempengerusikan mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya.-FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indonesia diminta mengambil tindakan segera bagi menangani pembakaran terbuka dan jerebu hingga menjejaskan kesihatan rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mencari langkah yang berkesan dalam menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan.

“Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan,” katanya dalam hantaran Facebook di sini hari ini. 

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 di Putrajaya.

Sementera itu, Perdana Menteri berkata, Belanjawan 2027 perlu terus membela rakyat dan menangani kos sara hidup dengan mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan terutama di Sabah dan Sarawak.

Katanya, ia terutama dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara serta turun naik harga minyak dunia.

“Waad Nasional atau ‘covenant’ itu perlu berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan lebih mampan, adil dan seimbang sekali gus menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum.

“Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini