Bersatu muktamad kerusi PRN Melaka hujung minggu ini

Bersatu muktamad kerusi PRN Melaka hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kerusi yang ditandingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dimuktamadkan selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan berhubung kerusi tumpuan itu akan dimuktamadkan pada hujung minggu ini.

Kemiskinan Selangor
MOHAMED AZMIN ALI

“Kita akan muktamadkan kerusi tumpuan pada hujung minggu ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, ditanya berapa kerusi akan dimuktamadkan, beliau enggan mengulas lanjut. 

Dalam pada itu, sumber memaklumkan, Bersatu sedang berbincang dengan semua parti untuk merintis kerjasama politik dalam pilihan raya tersebut.

Katanya, pihaknya terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana parti setelah melihat potensi Bersatu di Melaka.

“Kita perlu melihat keyakinan dan kemampuan Bersatu di Melaka, justeru itu amat penting untuk parti menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti,” katanya.

Pada 5 Oktober lalu, Bersatu mengesahkan bertanding pada PRN Melaka dan memutuskan untuk menggunakan simbol sendiri pada pilihan raya berkenaan.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik Bersatu yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, beberapa ketetapan turut diputuskan termasuk kesediaan parti itu untuk membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama.

Pada lalu, Bersatu di bawah Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka iaitu Sungai Udang dan Bemban.

Sebelum ini, pemimpin Bersatu mengadakan pertemuan bersama Pakatan Harapan (PH) sekali gus mencetuskan desas-desus kerjasama antara kedua-dua parti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini