Pasir Gudang, Larkin antara 20 kawasan tahap IPU tidak sihat

Pasir Gudang, Larkin antara 20 kawasan tahap IPU tidak sihat

KEADAAN jerebu di Jalan Skudai menghala pusat bandar Johor Bahru. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 20 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi, hari ini.

 Berdasarkan data terkini daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 180 diikuti Larkin (174), Sri Aman, Sarawak (172), Kota Tinggi (168) dan Pengerang, Johor (166).

Selain itu, Balok Baru Kuantan, Pahang (162); Batu Pahat, Johor (161), manakala Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, Melaka masing-masing merekodkan bacaan 160; Rompin, Pahang (156) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak (155). 

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi sama turut melanda Seremban, Negeri Sembilan; Kluang, Johor dan Tawau, Sabah yang masing-masing mencatatkan bacaan 154, manakala Nilai, Negeri Sembilan (153); Alor Gajah, Melaka (152) dan Segamat serta Tangkak, Johor pula masing-masing 142. 

Dalam pada itu, Samarahan merekodkan 133 dan Putrajaya pula 109.  

Sementara itu, sebanyak 44 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala empat lagi pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar sehingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 301 dan ke atas berbahaya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini